Saturday, July 14, 2007

Assalamualaikum. Salam penghormatan agung kepada diriku dan pembaca yg budiman...

Adalah menjadi cita2ku bog ini menjadi pembebas aku dari cengkaman nafsu dan dunia. Alhamdulillah pagi ini aku telah mencapai kejayaan yg besar. Setelah seminggu dikalahkan nafsu dan syaitan akhirnya aku pergi juga ke surau solat subuh berjemaah. Setiap langkah ke surau (dlm 500m) terasa sungguh bermakna walaupun penuh dgn berat hati dan mengantuk. Sungguh ia perjuangan yg besar. No wonder Rasulullah bersabda jika manusia mengetahui pahala solat subuh berjemaah nescaya manusia akan datang walaupun merangkak. Terasa betapa rendahnya "maqam" diri jika dibandingkan semasa zaman muda sekolah dulu. Subuh setiap kali di surau adalah perkara biasa. Ah!!! Jauh nyer!!

Anyway, pengalaman mengajar aku jgn terlalu menekan diri dan merendah2kan diri dgn prestasi silam atau org lain. So... WELL DONE!! TAHNIAH ZULHILMI!! Aku yakin ko boleh sbb ko pernah membuktikanya. Keep up the good work!! Diharapkan agar Allah membenarkan usaha2 menaip diblog ini membebaskan aku dari perangkap nafsu dan dunia. Amin!

Malam tadi aku kembali di"bombard" dgn persoalan yg besar. Kenapa ye Allah mencipta manusia kepada 2 jenis?? X boleh ker sejenis ajer?? Setelah ligat otak berbalas2 pantun dan tembakan, conclusion : Yakinlah 2 jenis adalah yg terbaik sbb apa yg Allah telah@sedang@akan lakukan adalah HANYA terbaik.

Kemudian ia meleret2. Perlu ker aku berkahwin?? Jawapan skema dan nafsu : Horey! Mestilah perlu!! Tapi... Aku tak nak, tak nak, tak nak kahwin sbb nafsu!! Cakap senang tapi buatnya sangat mencabar. Jom kita kembali kepada persoalan asas. Perkahwinan yg diikhlaskan kerana Allah adalah ... hmm... utk mengabdi diri kepada Allah dan buatkan org lain turut jadi hamba. So... ia adalah kehidupan yg penuh dgn keazaman, kesungguhan, tolak ansur, pengorbanan, dan ... lain lain. Ia adalah kehidupan yg x mudah, mencabar, x bermalas malasan, serius(tapi sekali sekala kena jadi gila2 gak), dan ... lain lain.

Persoalannya bersediakah aku??

Bersediakah aku utk tidak bermalas2??
Bersediakah aku utk membuang ego2 dan egois??
Bersediakah aku utk sentiasa bersungguh2??
Bersediakah aku utk berkorban dgn sekorban2nya??
Bersediakah aku utk sentiasa berazam tinggi??
Bersediakah aku utk jadi pembersih??
Bersediakah aku utk meyelesai masalah2 rumit lagi mencabar??
Utk jadi sentiasa segak dan bergaya??
Utk jadi tunggak kekuatan keluarga??
Utk kekal berakhlaq mulia dan unggul??
Utk jahit baju sendiri??
Utk belajar memasak??
Utk belajar memahami??
Utk memujuk??
Bertolak ansur??
Menerima kelemahan??
Tabah??
Bersemangat??
Sentiasa positif??
Sabar??
Peka??
Bijak membahagikan masa??
Mendengar??
atau pendek kata sentiasa dalam keadaan terbaik dan ideal setiap masa dan keadaan??

Wois!! Mencabar! Sangat sangat mencabar!

Bersedia x?? Ia memang satu persoalan yg besar!
Aik?? Bukankah semua diatas mesti aku buat x kira kahwin atau tidak?? Kenapa sekarang ni semasa belum kahwin aku x bersedia?? Kenapa ye?? Mungkin itu antara hikmah perkahwinan. Allah nak membantu aku dlm menguatkan dan membarakan azam dlm memperbaiki diri melalui perkahwinan.Ops.. Ikhlas ker aku ni? Sepatutnya aku berubah kerana Allah bukan sbb nak kahwin atau wanita (yg ada kelebihan juga kekurangan sbb dia makhluk). Tapi pada aku adalah bijak mempergunakannya jika somehow ia membawa aku kepada perubahan diri yg lebih baik daripada nak tunggu sehingga betul2 ikhlas perubahan kerana Allah kerana ia tidak mudah dan sangat mencabar.

Hei!! Bukankah aku berubah nak jadi baik sebab kerana Allah. Jadi jika aku pergunakan perkahwinan sbb ia adalah daya ikhtiar yg bijak ke arah perubahan.. bukankah perkahwinan itu kerana Allah?? Ya Allah, bantulah aku.. aku cuma insan yg lemah.. aku memerlukan "sebab" utk jadi hambaMu dan khalifahMu. Sesungguhnya KAU lebih tahu samada aku ikhlas atau tidak. Bantulah aku berkahwin keranaMU. Bantulah, Bantulah, bantulah dgn sangat...

Kesimpulan:
Perkahwinan adalah alat. Seperti juga syurga dan neraka, ia adalah alat supaya memotivasikan diri utk tunduk menjadi hamba dan khalifah yg baik.

Dari Aisyah Radiallahu-Ahna ia berkata: Telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia dari golongan umatku. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Yaasin, ayat 36:

Tafsirnya:
Maha suci Allah yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.

Dari Ma’qal bin Yasar, dia berkata: Telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Berkahwinlah kamu dengan wanita yang pengasih dan subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai. (Riwayat Al-Imam Abu Daud).

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

Maksudnya:
Dari Abdullah bin Mas’ud Radiallahu-Anhu ia berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada kami: Wahai orang-orang muda! Barangsiapa yang berkuasa antara kamu untuk berkahwin, maka berkahwinlah, sesungguhnya perkahwinan itu melembutkan pandangan dan menjaga kehormatan dan barangsiapa yang tidak mampu, kerjakanlah puasa kerana puasa itu boleh melembutkan syahwat. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

Maksudnya:
Dari Aisyah Radiallahu-Anha, telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta. (Riwayat Al-Imam Al-Bazzar).

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ar-Ruum, ayat 21:

Tafsirnya:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatnya, bahawa ia menciptakan untuk kamu wahai kaum lelaki, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. Supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang berfikir.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al Furqaan, ayat 74:

Tafsirnya:
Dan juga mereka yang diredhai Allah itu ialah orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan menjadikan kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertakwa.

Majlis ramah mesra adik2 INTEC

Allahuakbar! Allahuakbar!

Aku sungguh gembira. Alhamdulillah selesai sudah program ramah mesra dengan adik2 baru dari INTEC. Ramai yg hadir. 1 bas datang dari cendana. Allahuakbar!! Mana nak dikorek naqib2 yg akan membawa usrah2 mereka kelak. Ya Allah, bantulah, bantulah, bantulah kami dalam membantu agamamu. Mungkin aku perlu meng"offer"kan diriku. Namun aku bimbang aku mungkin x mampu dan mengabaikan amanah tersebut. Beginilah, utk selamat, jika syura menetapkan aku supaya menjadi naqib2 mereka... aku mohon ya Allah berikanlah aku kekuatan melaksanakannya dan jgn beri aku kekuatan utk mengabaikannya!!

Terasa indah membayangkan potensi dakwah yg ada pada adik2 ini. Aku percaya adik2 ini perlu dipercayakan memikul beban murabbi sebab mereka adalah cream of the cream in Malaysia. Masakan tidak, sesiapa yg terpilih ke INTEC bukan calang2 orgnya. Mereka mpy self esteem dan keyakinan yg tinggi terhadap kemampuan diri mereka sendiri. Bagi mereka ia adalah suatu penghormatan yg besar apabila kita mempercayakan keatas mereka tanggungjawab dakwah.

Allahuakbar!!

Friday, July 13, 2007

Perkara yg aku pelajari 13 julai

Tanggal 13 Julai.

Alhamdulillah, Allah telah menunjukkan padaku sesuatu. Ingin sekali aku kongsikan perkara ini dgn pembaca2 budiman. Risau pula dihati kerana Allah telah menunjukkan aku suatu yg agak kompleks. Semoga Allah membantuku menerangkannya dengan baik. Amin

Ketahuilah, kita merancang tetapi hanya Allah jualah yg menentukannya. Sebelum ni aku memahaminya secara teori tapi kini Allah mula menampakkannya padaku. Aku meng"offer" diriku kepada satu tugasan yg BESAR iaitu mem"package"kan semula FIDAK2015. Tatkala aku lihat setiap mata2 dlm mtg knl terasa berat dgn tugas ini, aku pula diberi Allah rasa positif dan ingin menyahut cabaran menggalas tugasan berat lagi mencabar. Aku yakin aku punya buah fikiran dan kekuatan daya fikir untuk menyelesaikannya. Semoga Allah membantuku.

Setelah 2 hari, baru aku sedar "the magnitude of thinking needed". Namun Allah masih memberikan aku sikap positif. Terima kasih Allah kerana membantuku. Semalam aku berbincang dgn zubair utk merungkai masalah ini. Dia memberikan aku perspektif berbeza dalam melihat perkara ini dan banyak merujuk kepada sirah. Namun jauh dalam hatiku kesimpulan utk "rebranding" FIDAK ini masih tidak ku temui.

Beberapa persoalan berjaya ditemui antaranya :
1) Critical mass yg diperlukan utk dominan
2) Universiti mana yg patut kajian ini dimulakan. Aku percaya kajian patut bermula di IPTA2 yg MPPnya pernah menghadiri konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar anjuran kementerian pendidikan tinggi

Persoalan y perlu diselesai
1) Apa target tahun ke tahun yg mesti dicapai sehingga 2015?
2) Bagaimana mem"package" sehingga mampu diterima dan dilaksanakan semua pihak

Aku percaya aku akan dibantu Allah utk menyelesaikannya. Aku percaya perancangan yg akan dihasilkan kelak pasti sangat menarik dan mampu menjadi penyatu pergerak2 dakwah pelajar di Malaysia utk bekerja dalam satu barisan. Namun walau sebaik manapun hasilnya, masih banyak variable2 yang tidak aku ketahui dan tidak boleh dikuasai. Jatuh bangun perancangan ini hakikatnya banyak bergantung pada ihsan kepentingan pihak2 berkepentingan. Kepada perkara prekara yg diluar pengawalan dan kekuatan kita menentukannya (spt kepentingan pemerintah, bencana alam, hidayah, kelemahan org lain dll) aku serahkan pada Allah untuk menetapkannya. Begitulah, walau sebaik manapun perancangan, Allah jualah yg menentukannya. Aku hanya mampu melakukan apa yg terbaik aku boleh lakukan. Yakinlah diriku, jika berjaya rebranding FIDAK ini, ia bukan disebabkan aku tetapi ia adalah atas belas ihsan Allah yg membenarkanya berjaya.

Kesimpulan yg aku dapat hari ni:

Kejayaan berlaku apabila
1) Perancangan yg baik
2) Pelaksanaan yg bijak dan bersungguh2
3) Belas ihsan Allah membenarkannya berjaya

Thursday, July 12, 2007

Allahuakabar..

Betapa sebenarnya indah dan manisnya perjuangan ini. Aku mencari2 kekuatan dan Allah menemukan aku kekuatan dan keazaman ketika membaca blog sahabat2ku yg lain. 4 blog sahabatku yg sempatku baca. Dhany, nazihah, juwairiah, dan MJ. Terima kasih dan terima kasih.

Terasa kerdilnya diri bila dibandingkan ketabahan dari sahbat2 rakan seperjuangan. Aku sedar aku punya sahabat yg begitu hebat. Tabah dalam perjuangan. Punya hati dan jiwa2 yg sensitif. Setiap satu mempunyai kekuatan tersendiri. Mereka nampak biasa, namun punya jiwa yg besar didalamnya.

Ingin aku kongsikan "kekagumanku" terhadap rakan rakan hebat dalam KARISMA NASIONAL. Kami KARISMA NASIONAL (@KnL) diberi amanah besar menggalas visi melahirkankan manusia2 insan soleh wa musleh yg cemerlang akhlak, kepimpinan dan akademik disamping memastikan Fikrah Islam Dominan di Alam Kampus menjelang 2015.

Presiden kami seorang yg saya kira sangat ikhlas. Saya percaya keikhlasannya adalah kekuatannya. Sangat menjaga hati sahabat2 dan pak sanggup yg sanggup mengambil amanah besar lagi berat.

SU agung kami adalah seorang yg sangat bersemangat. Hadirnya menghidupkan suasana. Selalu menghuru harakan keadaan. Energetic, vibrant dan cekal. Punya cara tersendiri mengekalkan EQ dan SQ dirinya. Saya yakin masa depannya sangat cemerlang.

Sementara ada seorang yg lain, seorang yg "innocent", sangat dedikasi, punya ketabahan yg mengkagumkan, sentiasa positif, kerjanya sentiasa TIPTOP, melaksanakan semua amanah dgn baik, jelas keikhlasannya disabalik "innocent" nya.

Seorang lagi, extremely positif, sangat independent, just give her any challanging task... she will make it happen, org ini baru baru ni byk membuatkan ana terharu. Kesungguhan TANPA syarat yg ditunjukkannya sangat mengkagumkan. Ana percaya dia seorg yg hidupnya telah disibukkan dgn dakwah dan dia merasa manis dgnnya.

Last ana nak kongsi seorang yg MACAM sahabat nabi. Hidupnya hanya memikirkan dakwah. Perkataan dan pengorbanannya menggambarkan hubungan yg dekat pada Allah. Kata2nya menusuk kalbu, zahiran perasaannya benar2 membuktikan dia sedang menginfaqkan harta dan dirinya sepenuhnya kepada Allah. Hadirnya sahaja membarakan iman. Jauh sungguh beza ana dan dirinya.

Tangan x tak de mood nak menaip. InsyaAllah, saya akan kongsikan lagi. Semoga perkongsian ini dapat membebaskan aku dari kongkongan nafsu dan dunia ya Allah...
Allahuakbar!!!

Terasa nikmat dan manis pada jiwaku bila jari jari ini menaip dalam blog ni. Terima kasih Allah kerana membenarkan aku merasa nikmat ketika meng"ekspresi" diri. (Hmm, no wonderlah laa perempuan suka kongsi cerita dan masalah)

Mari aku kongsikan sajak spontan dengan pembaca2 yg aku percaya di"mulia"kan Allah apabila anda lahir ke dunia ini sebagai MANUSIA dan HAMBA

Kemanakah Kita ??
Bukankah Dunia ini penuh dgn masalah dan cabaran??
Ku impikan masalah2 dan derita ini menghilang,
Ku harap Aku bebas dari tekanan, frust, kecewa,
Ku dambakan jiwa yg bebas, punya makna dan tujuan,

Namun....

Semua itu mimpi belaka.
Semakin hari beratku semakin bertimpa timpa
Ku sangka hari semakin gelap
Ku mencari sinar
Dari hujung kanan hingga hujung kiri
Yang atas dan yg bawah habis ku jejaki
Depan dan belakang puas ku selongkari

Namun... namun...

Ah!!!!! DIMANA???!!!! DIMANAKAH JAWAPANNYA!!!!

Ya ALLAH!
Ya TuhanKu yg berkuasa!!
Aku nak ketenangan
Aku nak kebahagiaan
Aku nak kebebasan
Aku nak LEPAS dari semua derita2 ini!!!
Tunjukkanlah Aku....

Mohon dgn sangat, mohon dgn sangat, mohon dgn sangat.....

Berikan DAKU jawapannya....



Tiba tiba.... ada org berkata...
Dragon Ball ada 7 biji semuanya... (iklan beb... idea x keluar beb... ini kan spontan)

Memandangkan idea x keluar... sesiapa yg sedang menderita jiwanya, aku offer free consultant sbb aku pernah melaluinya. Sila email pada zulhilmi2070@gmail.com. Insyallah aku akan cuba bantu anda mencari jawapan. DIMANAKAH KITA??
HAh aha hahah haha !!!

Hha hah ah uhuK uhuk..... batuk

Oh ya... mari saya berkongsi dangan anda sesuatu

Salam!! Salam penghormatan buat pembaca yg budiman. Saya hadiahkan buat anda suatu ucapan keselamatan dari api neraka, ajakan kepada kebaikan dan kesejahteraan, perkataan persaudaraan agung yg bukan berdiri kerana dunia, kata kata ikhlas dari saya sebagai saudara seislam dan semanusia ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WA BARAKATUH

Amacam?? Hebat tak?!! Yakin lah... ini lah keindahan Islam !! Allahuakbar!!

Tahniah Zulhilmi !!

Akhirnya!! Tanggal 12 Julai menjadi tarikh keramat dalam episod episod perubahan diri. Semoga kekuatan yg diberikan Allah ini dalam memaksa diri menulis blog yang sebenarnya khas buat diri sendiri akan mengubah sikap, disiplin dan neraca pandangan agar lebih matang, bersemangat, yakin dan bermanfaat kepada diri, keluarga, kawan2, masyarakat, negara, dan dunia.

Sungguh beb!!

Sungguh besar keinginan jiwa ini bebas dari kongkongan nafsu dan dunia yg aku tau ia menipu.

Aku menggariskan pada diri, dengan ikrar lepasan dari jiwa, meruntun dari hati yg berkarat jahilliyah, cetusan iman kerdil meronta dari tekanan dosa menggunung, AKU yg bernama Ahmad Zulhilmi B. Mohd Ziyadi meletakkan

1) Blog ini adalah cetusan jiwaku, buat melepaskan diri dari dari perangkap nafsu dan dunia keranaMU ya ALLAH
2) Emmm... aiseyyyyy otak tak jalan la pulak ... takpe. Kepada pembaca2 yg budiman, nanti bila jiwa aku tersentuh aku akan tambah lagi.....