Friday, July 13, 2007

Perkara yg aku pelajari 13 julai

Tanggal 13 Julai.

Alhamdulillah, Allah telah menunjukkan padaku sesuatu. Ingin sekali aku kongsikan perkara ini dgn pembaca2 budiman. Risau pula dihati kerana Allah telah menunjukkan aku suatu yg agak kompleks. Semoga Allah membantuku menerangkannya dengan baik. Amin

Ketahuilah, kita merancang tetapi hanya Allah jualah yg menentukannya. Sebelum ni aku memahaminya secara teori tapi kini Allah mula menampakkannya padaku. Aku meng"offer" diriku kepada satu tugasan yg BESAR iaitu mem"package"kan semula FIDAK2015. Tatkala aku lihat setiap mata2 dlm mtg knl terasa berat dgn tugas ini, aku pula diberi Allah rasa positif dan ingin menyahut cabaran menggalas tugasan berat lagi mencabar. Aku yakin aku punya buah fikiran dan kekuatan daya fikir untuk menyelesaikannya. Semoga Allah membantuku.

Setelah 2 hari, baru aku sedar "the magnitude of thinking needed". Namun Allah masih memberikan aku sikap positif. Terima kasih Allah kerana membantuku. Semalam aku berbincang dgn zubair utk merungkai masalah ini. Dia memberikan aku perspektif berbeza dalam melihat perkara ini dan banyak merujuk kepada sirah. Namun jauh dalam hatiku kesimpulan utk "rebranding" FIDAK ini masih tidak ku temui.

Beberapa persoalan berjaya ditemui antaranya :
1) Critical mass yg diperlukan utk dominan
2) Universiti mana yg patut kajian ini dimulakan. Aku percaya kajian patut bermula di IPTA2 yg MPPnya pernah menghadiri konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar anjuran kementerian pendidikan tinggi

Persoalan y perlu diselesai
1) Apa target tahun ke tahun yg mesti dicapai sehingga 2015?
2) Bagaimana mem"package" sehingga mampu diterima dan dilaksanakan semua pihak

Aku percaya aku akan dibantu Allah utk menyelesaikannya. Aku percaya perancangan yg akan dihasilkan kelak pasti sangat menarik dan mampu menjadi penyatu pergerak2 dakwah pelajar di Malaysia utk bekerja dalam satu barisan. Namun walau sebaik manapun hasilnya, masih banyak variable2 yang tidak aku ketahui dan tidak boleh dikuasai. Jatuh bangun perancangan ini hakikatnya banyak bergantung pada ihsan kepentingan pihak2 berkepentingan. Kepada perkara prekara yg diluar pengawalan dan kekuatan kita menentukannya (spt kepentingan pemerintah, bencana alam, hidayah, kelemahan org lain dll) aku serahkan pada Allah untuk menetapkannya. Begitulah, walau sebaik manapun perancangan, Allah jualah yg menentukannya. Aku hanya mampu melakukan apa yg terbaik aku boleh lakukan. Yakinlah diriku, jika berjaya rebranding FIDAK ini, ia bukan disebabkan aku tetapi ia adalah atas belas ihsan Allah yg membenarkanya berjaya.

Kesimpulan yg aku dapat hari ni:

Kejayaan berlaku apabila
1) Perancangan yg baik
2) Pelaksanaan yg bijak dan bersungguh2
3) Belas ihsan Allah membenarkannya berjaya

No comments: