Saturday, July 14, 2007

Assalamualaikum. Salam penghormatan agung kepada diriku dan pembaca yg budiman...

Adalah menjadi cita2ku bog ini menjadi pembebas aku dari cengkaman nafsu dan dunia. Alhamdulillah pagi ini aku telah mencapai kejayaan yg besar. Setelah seminggu dikalahkan nafsu dan syaitan akhirnya aku pergi juga ke surau solat subuh berjemaah. Setiap langkah ke surau (dlm 500m) terasa sungguh bermakna walaupun penuh dgn berat hati dan mengantuk. Sungguh ia perjuangan yg besar. No wonder Rasulullah bersabda jika manusia mengetahui pahala solat subuh berjemaah nescaya manusia akan datang walaupun merangkak. Terasa betapa rendahnya "maqam" diri jika dibandingkan semasa zaman muda sekolah dulu. Subuh setiap kali di surau adalah perkara biasa. Ah!!! Jauh nyer!!

Anyway, pengalaman mengajar aku jgn terlalu menekan diri dan merendah2kan diri dgn prestasi silam atau org lain. So... WELL DONE!! TAHNIAH ZULHILMI!! Aku yakin ko boleh sbb ko pernah membuktikanya. Keep up the good work!! Diharapkan agar Allah membenarkan usaha2 menaip diblog ini membebaskan aku dari perangkap nafsu dan dunia. Amin!

Malam tadi aku kembali di"bombard" dgn persoalan yg besar. Kenapa ye Allah mencipta manusia kepada 2 jenis?? X boleh ker sejenis ajer?? Setelah ligat otak berbalas2 pantun dan tembakan, conclusion : Yakinlah 2 jenis adalah yg terbaik sbb apa yg Allah telah@sedang@akan lakukan adalah HANYA terbaik.

Kemudian ia meleret2. Perlu ker aku berkahwin?? Jawapan skema dan nafsu : Horey! Mestilah perlu!! Tapi... Aku tak nak, tak nak, tak nak kahwin sbb nafsu!! Cakap senang tapi buatnya sangat mencabar. Jom kita kembali kepada persoalan asas. Perkahwinan yg diikhlaskan kerana Allah adalah ... hmm... utk mengabdi diri kepada Allah dan buatkan org lain turut jadi hamba. So... ia adalah kehidupan yg penuh dgn keazaman, kesungguhan, tolak ansur, pengorbanan, dan ... lain lain. Ia adalah kehidupan yg x mudah, mencabar, x bermalas malasan, serius(tapi sekali sekala kena jadi gila2 gak), dan ... lain lain.

Persoalannya bersediakah aku??

Bersediakah aku utk tidak bermalas2??
Bersediakah aku utk membuang ego2 dan egois??
Bersediakah aku utk sentiasa bersungguh2??
Bersediakah aku utk berkorban dgn sekorban2nya??
Bersediakah aku utk sentiasa berazam tinggi??
Bersediakah aku utk jadi pembersih??
Bersediakah aku utk meyelesai masalah2 rumit lagi mencabar??
Utk jadi sentiasa segak dan bergaya??
Utk jadi tunggak kekuatan keluarga??
Utk kekal berakhlaq mulia dan unggul??
Utk jahit baju sendiri??
Utk belajar memasak??
Utk belajar memahami??
Utk memujuk??
Bertolak ansur??
Menerima kelemahan??
Tabah??
Bersemangat??
Sentiasa positif??
Sabar??
Peka??
Bijak membahagikan masa??
Mendengar??
atau pendek kata sentiasa dalam keadaan terbaik dan ideal setiap masa dan keadaan??

Wois!! Mencabar! Sangat sangat mencabar!

Bersedia x?? Ia memang satu persoalan yg besar!
Aik?? Bukankah semua diatas mesti aku buat x kira kahwin atau tidak?? Kenapa sekarang ni semasa belum kahwin aku x bersedia?? Kenapa ye?? Mungkin itu antara hikmah perkahwinan. Allah nak membantu aku dlm menguatkan dan membarakan azam dlm memperbaiki diri melalui perkahwinan.Ops.. Ikhlas ker aku ni? Sepatutnya aku berubah kerana Allah bukan sbb nak kahwin atau wanita (yg ada kelebihan juga kekurangan sbb dia makhluk). Tapi pada aku adalah bijak mempergunakannya jika somehow ia membawa aku kepada perubahan diri yg lebih baik daripada nak tunggu sehingga betul2 ikhlas perubahan kerana Allah kerana ia tidak mudah dan sangat mencabar.

Hei!! Bukankah aku berubah nak jadi baik sebab kerana Allah. Jadi jika aku pergunakan perkahwinan sbb ia adalah daya ikhtiar yg bijak ke arah perubahan.. bukankah perkahwinan itu kerana Allah?? Ya Allah, bantulah aku.. aku cuma insan yg lemah.. aku memerlukan "sebab" utk jadi hambaMu dan khalifahMu. Sesungguhnya KAU lebih tahu samada aku ikhlas atau tidak. Bantulah aku berkahwin keranaMU. Bantulah, Bantulah, bantulah dgn sangat...

Kesimpulan:
Perkahwinan adalah alat. Seperti juga syurga dan neraka, ia adalah alat supaya memotivasikan diri utk tunduk menjadi hamba dan khalifah yg baik.

Dari Aisyah Radiallahu-Ahna ia berkata: Telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia dari golongan umatku. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Yaasin, ayat 36:

Tafsirnya:
Maha suci Allah yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.

Dari Ma’qal bin Yasar, dia berkata: Telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Berkahwinlah kamu dengan wanita yang pengasih dan subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai. (Riwayat Al-Imam Abu Daud).

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

Maksudnya:
Dari Abdullah bin Mas’ud Radiallahu-Anhu ia berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada kami: Wahai orang-orang muda! Barangsiapa yang berkuasa antara kamu untuk berkahwin, maka berkahwinlah, sesungguhnya perkahwinan itu melembutkan pandangan dan menjaga kehormatan dan barangsiapa yang tidak mampu, kerjakanlah puasa kerana puasa itu boleh melembutkan syahwat. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

Maksudnya:
Dari Aisyah Radiallahu-Anha, telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta. (Riwayat Al-Imam Al-Bazzar).

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ar-Ruum, ayat 21:

Tafsirnya:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatnya, bahawa ia menciptakan untuk kamu wahai kaum lelaki, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. Supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang berfikir.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al Furqaan, ayat 74:

Tafsirnya:
Dan juga mereka yang diredhai Allah itu ialah orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan menjadikan kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertakwa.

1 comment:

Anonymous said...

kalau diperhatikan persoalan 2 jenis manusia adalah sama dengan sunnatuLLAH.

Bola yang bulat juga boleh menjelaskan betapa pentingnya ada keseimbangan dari 2 pihak. buktinya, kalau boleh dibelah dua, maka tergoleklah hanya pada satu bahagian, dan bahagian yang rata itu akan buatkan ianya tidak bergolek lagi. bila dicantum kedua bahagian bola ini, bila seimbang maka jadilah ia bola yang bergolek cantik.

lumrah hidup pun ada yin dan yang. ada kuat ada lemah. ada cantik ada hodoh. ada batin ada fizikal. ianya saling melengkapi. mmg kalau diperhati firman Allah ada menyebut diciptakan manusia itu lelaki dan perempuan agar saling mengenali. hatta dlm bab agama pun kita membahagikan manusia itu muslim atau bukan muslim.

perspektif manusia itu dipermudahkan. dlm suasana tertentu, tak semua boleh terima hanya satu jalan. macam tu juga, kahwin dan tak kahwin adalah 2 perkara/keadaan berbeza. yang tak kahwin tak boleh main hantam. yang dah kahwin hantam saja la, tapi kahwin bukannya matlamat, as you mentioned sekadar alat atau platform.

nafsu pun ada 2 jenis, yg liar (kuat) atau terkawal (kurang liar, kalau lemah bunyinya macam tak sesuai). jadi kahwin itu cara utk mengawal nafsu. hakikat naluri manusiawi itu tidak dikekang hingga merosakkan hidup. ada cara utk menyalurkannya. kalau sesuatu yang jelas tidak dibenarkan dan tidak boleh dilanggar hanya menurutkan nafsu (contohnya perihal aqidah yang mana iman itu hanya pada Allah yang Maha Esa), maka ianya jelas. perkara itu dikatakan jelas tiada kompromi kerana jika dilakukan ianya bertentangan dengan sunnatuLLAH atau naluri manusia itu sendiri. tiada yang lebih mengenali makhluk (yang dicipta) itu melainkan Al-Khaliq (Pencipta) itu sendiri.

Al-Quran sebagai manual, sama2 kita pegang. Hadith adalah kunci yang ditinggalkan Baginda SAW sebagai panduan menelusuri kehidupan. Pegang keduanya pasti takkan sesat, itulah pesan Baginda. ALLAHumma ihdina!