Thursday, July 12, 2007

Allahuakabar..

Betapa sebenarnya indah dan manisnya perjuangan ini. Aku mencari2 kekuatan dan Allah menemukan aku kekuatan dan keazaman ketika membaca blog sahabat2ku yg lain. 4 blog sahabatku yg sempatku baca. Dhany, nazihah, juwairiah, dan MJ. Terima kasih dan terima kasih.

Terasa kerdilnya diri bila dibandingkan ketabahan dari sahbat2 rakan seperjuangan. Aku sedar aku punya sahabat yg begitu hebat. Tabah dalam perjuangan. Punya hati dan jiwa2 yg sensitif. Setiap satu mempunyai kekuatan tersendiri. Mereka nampak biasa, namun punya jiwa yg besar didalamnya.

Ingin aku kongsikan "kekagumanku" terhadap rakan rakan hebat dalam KARISMA NASIONAL. Kami KARISMA NASIONAL (@KnL) diberi amanah besar menggalas visi melahirkankan manusia2 insan soleh wa musleh yg cemerlang akhlak, kepimpinan dan akademik disamping memastikan Fikrah Islam Dominan di Alam Kampus menjelang 2015.

Presiden kami seorang yg saya kira sangat ikhlas. Saya percaya keikhlasannya adalah kekuatannya. Sangat menjaga hati sahabat2 dan pak sanggup yg sanggup mengambil amanah besar lagi berat.

SU agung kami adalah seorang yg sangat bersemangat. Hadirnya menghidupkan suasana. Selalu menghuru harakan keadaan. Energetic, vibrant dan cekal. Punya cara tersendiri mengekalkan EQ dan SQ dirinya. Saya yakin masa depannya sangat cemerlang.

Sementara ada seorang yg lain, seorang yg "innocent", sangat dedikasi, punya ketabahan yg mengkagumkan, sentiasa positif, kerjanya sentiasa TIPTOP, melaksanakan semua amanah dgn baik, jelas keikhlasannya disabalik "innocent" nya.

Seorang lagi, extremely positif, sangat independent, just give her any challanging task... she will make it happen, org ini baru baru ni byk membuatkan ana terharu. Kesungguhan TANPA syarat yg ditunjukkannya sangat mengkagumkan. Ana percaya dia seorg yg hidupnya telah disibukkan dgn dakwah dan dia merasa manis dgnnya.

Last ana nak kongsi seorang yg MACAM sahabat nabi. Hidupnya hanya memikirkan dakwah. Perkataan dan pengorbanannya menggambarkan hubungan yg dekat pada Allah. Kata2nya menusuk kalbu, zahiran perasaannya benar2 membuktikan dia sedang menginfaqkan harta dan dirinya sepenuhnya kepada Allah. Hadirnya sahaja membarakan iman. Jauh sungguh beza ana dan dirinya.

Tangan x tak de mood nak menaip. InsyaAllah, saya akan kongsikan lagi. Semoga perkongsian ini dapat membebaskan aku dari kongkongan nafsu dan dunia ya Allah...

No comments: